NADI X ESUKAN: KELAS KESEDARAN - SAINS SUKAN DALAM E-SUKAN EP. 2
29 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28/06/2025 bersamaan hari Sabtu, Kelas Kesedaran – Sains Sukan dalam e-Sukan EP. 2 melalui platform LMS e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai bagaimana elemen-elemen sains sukan diaplikasikan dalam dunia e-sukan, bagi meningkatkan prestasi pemain dari segi fokus mental, kawalan emosi, dan kesihatan fizikal, walaupun aktiviti ini sering dikaitkan dengan gaya hidup sedentari.
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan penting sains sukan dalam meningkatkan keupayaan pemain e-sukan, mengurangkan risiko kesihatan jangka panjang, serta menggalakkan gaya hidup yang lebih seimbang dan produktif dalam kalangan komuniti gamers masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: