NADI X MAHIR: SSAR PEMBUATAN DOH BAN
29 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28/06/2025 bersamaan hari Sabtu, Segment Special Arrangement Learning: Pembuatan Doh Ban di bawah bimbingan Cikgu Ros telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas-asas penting dalam penyediaan doh roti bun, termasuk teknik menghasilkan roti yang lembut, sihat dan tahan lama untuk kegunaan harian atau perniagaan kecil-kecilan.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan Bahan-bahan Asas
- Teknik & Rahsia Doh Lembut dan Naik Cantik
- Tips Penyediaan Bersih & Sihat
- Cara Penyimpanan Roti
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami keseluruhan proses pembuatan doh roti bun dari awal hingga akhir, sambil memupuk amalan penyediaan makanan yang lebih bersih, sihat dan praktikal untuk kegunaan harian mahupun sebagai permulaan kepada usaha niaga dalam bidang bakeri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: