dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X MAHIR: MAHIR BAIKI GAJET MINGGU 17

7 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 06/05/2025 bersamaan hari Selasa, Mahir Baiki Gajet Minggu 17 di bawah bimbingan Cikgu Fazli Saad telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk mengimbas kembali keseluruhan proses pembelajaran, memperkukuh kefahaman peserta, serta memberi motivasi agar mereka terus berusaha menjadi individu yang mahir dan relevan dalam industri baik pulih gajet yang sentiasa berkembang.

Aktiviti Utama:

  • Imbas Kembali Minggu 1–17.
  • Minggu 1: Pengenalan pengajar dan pelajar, penggunaan Mahir Training System (MTS), serta pengenalan kepada kursus.
  • Minggu 2: Akses slide kelas, video rakaman, muat naik surat ketidakhadiran, komunikasi dalam MTS, dan pengenalan alat baik pulih.
  • Minggu 3: Sejarah dan evolusi telefon pintar, potensi pendapatan dan kerjaya dalam bidang ini, serta langkah keselamatan asas.
  • Minggu 4: Komponen asas telefon pintar, jenis kerosakan dan alat uji.
  • Minggu 5 & 6: Ujian alat telefon Android, teknik buka dan pasang serta kuiz.
  • Minggu 7 & 8: Baik pulih iPhone, kuiz kedua, serta latihan buka dan pasang.
  • Minggu 9 & 10: Isu skru dan perisian, kuiz, pengenalan baik pulih laptop, dan komponen asas laptop.
  • Minggu 11 & 12: Masalah biasa komputer, alat penyelesaian, pemilihan laptop dan kuiz.
  • Minggu 13 & 14: Pembelajaran membuka laptop Dell XPS 13.
  • Minggu 15–17: Pengenalan sistem operasi dan panduan pemasangan Microsoft Windows 10.

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengimbau kembali ilmu dan kemahiran sepanjang 17 minggu kursus, memahami kepentingan adaptasi dalam industri teknologi, serta menanamkan semangat untuk terus meneroka bidang baik pulih gajet sebagai satu peluang kerjaya masa depan yang menjanjikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.