NADI X CYBERSECURITY: CYBERSECURITY 101: PERLINDUNGAN SIBER & ANCAMAN PENGGODAM
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10/05/2025 bersamaan hari Sabtu, Cybersecurity 101: Perlindungan Siber & Ancaman Penggodam di bawah bimbingan Encik Izzat Hamizan telah diadakan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai konsep asas keselamatan siber, jenis ancaman yang wujud dalam dunia digital, serta kepentingan perlindungan data peribadi dan sistem daripada serangan penggodam.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Keselamatan Siber
- Jenis-Jenis Ancaman Siber
- Siapa Itu Hacker?
- Ethical Hacking & Penetration Testing
- Langkah Perlindungan Asas
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kepentingan keselamatan siber dalam era digital, mengenalpasti ancaman siber semasa, serta menghargai peranan ethical hacker dalam melindungi sistem dan maklumat daripada pencerobohan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: