dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X SUKAN: MLBB MUSIM 2 PERINGKAT NEGERI MELAKA

11 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10/05/2025 bersamaan hari Sabtu, MLBB Musim 2 Peringkat Negeri Melaka di bawah bimbingan Pihak NADI e-Sukan Melaka telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan perkembangan e-sukan sebagi aktiviti yang sihat dan berdaya saing serta menyemai semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan peserta.

Pasukan KISAKI mewakili NADI Batang Melaka dalam pertandingan ini. Sebanyak 39 kumpulan mengambil bahagian dalam pertandingan ini, bersaing untuk menjadi juara dan melangkah ke peringkat seterusnya. Pasukan KISAKI mempamerkan semangat juang yang tinggi namun tidak berjaya untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi pengalaman berharga kepada pasukan KISAKI dan semua peserta. Walaupun pasukan KISAKI tidak berjaya mara, semangat yang ditunjukkan mereka adalah sesuatu yang patut dibanggakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.