dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X MAHIR: SLS CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR (CURVE EDITION)

28 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27/05/2025 bersamaan hari Selasa, Short Learning Series: Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition) di bawah bimbingan Cikgu Fazli Saad telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai teknik asas dan langkah-langkah penting dalam menukar LCD telefon pintar, khususnya model skrin lengkung (curve edition), serta mengenali alatan yang digunakan dalam proses tersebut.

Aktiviti Utama:

  • Pengenalan Alatan Baik Pulih
  • Demonstrasi Membuka Telefon Android
  • Proses Penukaran LCD Curve Edition
  • Pemasangan Semula dan Ujian Fungsi

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami teknik dan kemahiran asas dalam baik pulih telefon pintar serta menyedari bahawa bidang ini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Menceburi bidang ini amat digalakkan kerana ia berkembang seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, menjadikannya satu laluan kerjaya yang relevan dan berpotensi besar untuk masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.