NADI X MAHIR: PROMPT ENGINEER C1 MINGGU 4
3 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 03 Ogos 2026 bersamaan hari Isnin, Mahir Prompr Engineer C1 Minggu 4 telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu proses penyelidikan, mengumpul maklumat, menyusun idea serta menghasilkan laporan yang lebih berkualiti, tersusun dan beretika.
Aktiviti Utama:
1. Pengenalan penggunaan AI dalam penyelidikan dan penulisan laporan.
2. Teknik menghasilkan prompt yang berkesan untuk mencari maklumat.
3. Menggunakan AI untuk menyusun isi dan membina struktur laporan.
4. Menjana draf laporan menggunakan AI dengan bahasa yang jelas dan profesional.
5. Menyemak, menambah baik serta mengedit laporan menggunakan AI.
6. Amalan etika penggunaan AI dan semakan ketepatan maklumat.
7. Sesi latihan praktikal dan soal jawab.
Secara keseluruhannya, sesi Penyelidikan dan Penulisan Laporan Berbantukan AI telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menjalankan penyelidikan serta menghasilkan laporan yang lebih tersusun, tepat dan berkualiti. Peserta juga didedahkan kepada penggunaan AI secara bijak dan beretika bagi membantu proses mencari, menilai, menyusun dan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: