NADI X KEUSAHAWANAN: NAK MULA BISNES APA YANG PERLU DIRANCANG
4 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 Ogos 2026 bersamaan hari Selasa, Video Pra Latihan Nak Mula Bisnes Apa Yang Perlu Dirancang telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta dalam membina serta mengembangkan perniagaan dengan lebih terancang, di samping membuat persediaan sebagai usahawan yang berjaya.
Aktiviti Utama:
1. Nak Mula Bisnes: Apa Yang Perlu Dirancang?
–Panduan asas perkara penting yang perlu dirancang sebelum memulakan perniagaan.
Secara keseluruhannya, pengisian program “Nak Mula Bisnes, Apa Yang Perlu Dirancang” telah berjaya memberi peserta pemahaman tentang perkara asas yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan. Peserta dapat mengenal pasti aspek penting seperti perancangan produk, sasaran pelanggan, modal, pemasaran dan pengurusan kewangan bagi memastikan perniagaan dapat dimulakan dengan lebih teratur dan berpotensi untuk berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: