NADI X MAHIR: MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU 5
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026 bersamaan hari Rabu, Mahir Pertanian Pintar Minggu 5 telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang pengurusan tanaman secara sistematik dalam pertanian pintar bagi memastikan hasil tanaman yang lebih berkualiti dan produktif.
Aktiviti Utama:
- Teknik Semaian
- Infrastruktur
- Pindah Tanam
- Nutrisi & Penjagaan
- Pendebungaan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami langkah pengurusan tanaman secara menyeluruh, meningkatkan kemahiran asas pertanian pintar serta mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam amalan penanaman yang lebih teratur dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: