dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X MAHIR: MAHIR JAHIT MINGGU 5

12 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2026 bersamaan hari Rabu, Mahir Jahit Minggu 5 telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah yang betul dalam mengambil ukuran badan sebagai asas penting dalam proses menghasilkan pakaian yang selesa dan menepati bentuk badan.

Aktiviti Utama:

  • Teknik mengukur bahagian-bahagian badan dengan tepat, penggunaan peralatan pengukuran yang sesuai
  • Kepentingan ketepatan ukuran dalam menghasilkan pola dan jahitan yang kemas
  • Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam menghasilkan pakaian mengikut ukuran yang bersesuaian.

Secara keseluruhannya, sesi ini peserta memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang Pola Kurung Pesak Gantung secara teori dan praktikal. Peserta dapat memahami kaedah mengambil ukuran, menghasilkan pola serta membuat potongan dengan lebih tepat dan sistematik. Sesi ini turut membantu meningkatkan kemahiran menjahit dan keyakinan peserta dalam menghasilkan pakaian yang kemas dan berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.