Nadi X Mahir: Mahir Masak Minggu 8
3 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mac 2026 bersamaan hari Isnin, Mahir Masak Minggu 8 telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penyediaan creampuff dan custard filling, termasuk pemilihan bahan, kaedah penyediaan yang betul serta latihan amali bagi meningkatkan kemahiran praktikal dalam pembuatan pastri.
Aktiviti Utama:
1. Pengenalan bahan-bahan dan peralatan yang digunakan dalam creampuff dan custard filling
2. Demonstrasi langkah demi langkah cara penyediaan creampuff dan custard filling yang betul
3. Penerangan teknik asas bagi memastikan hasil pastry yang kemas, gebu dan berkualiti
4. Penjelasan ringkas mengenai modul minggu 9 yang akan memfokuskan kepada penyediaan kek dan teknik dekorasi
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menguasai teknik asas penyediaan pastri, meningkatkan keyakinan melalui latihan amali serta membuat persediaan awal untuk pembelajaran seterusnya dalam modul kek dan dekorasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: